Thursday, December 9, 2010

coti

ketok ketik ketok ketik
bunyi keyboard.
suara rakan sekerja
bercakap Mandarin, jelas dan nyaring tapi asing.

malas malas malas
suara batin menjerit
tiada siapa simpati
tiada siapa ketahui.

tolong..
hanya badan aku di sini
jiwa ku kesana-kemari

tolong..
aku mau cuti.

Bluergh

terlalu berkira-kira
terlampau berpura-pura
terlebih aku mengata
penat mengadu domba.

di mana dia bibik penderitaan
aku mau dia beri saranan.

Wednesday, December 8, 2010

ya Tuhan

Tuhan

bagi aku kesabaran.
bagi aku ketenangan.
bagi aku kelapangan.
bagi aku kemudahan.

Tuhan,

lapang dada bila dapat menyeru nama Mu.
tenang minda.

Tuhan ya Tuhan

Jauhkan aku dari shaitan.

Aku Tak Bagus

Bukan tak cuba untuk faham

Bukan tak cuba untuk terbaik

tapi penat mencuba untuk faham

penat mencuba jadi terbaik.


semua tak kena.

tak pernah yang kena.

buat baik, salah.

buat jahat, apatah lagi.

bagus sangat engkau?

hebat sangat engkau?

kaya sangat engkau?

paling terbaik itu engkau?


Tuhan saja mengetahui.

Wednesday, December 1, 2010

Jeng Jeng Jne.

Mereka berdua
Berpuitis, romantis, tapi dalam bahasa Inggeris.

bukan asing.
cuma perkataan yang digunakan bikin aku pusing.

bahasa kiasan mereka. payah.

selak kamus.

tutup kamus.

malas.

korang ni cakap jela terus terang. tampar kang.

Monday, October 25, 2010

susah hati

ADIK
JANGAN SUSAHKAN HATI KAKAK
SUAMI
JANGAN SUSAHKAN HATI ISTERI
ANAK
JANGAN SUSAHKAN HATI IBU BAPA
KULI
JANGAN SUSAHKAN HATI BOSS
KAWAN
JANGAN SUSAHKAN HATI AKU.

Cakar Ayam di Kopitiam Bangsar Selatan

Lukisan itu..sangat comel.

Seekor jerung

Seekor zirafah.

Seekor, dua ekor, tiga ekor, empat ekor dinasour.

Hati tersentuh

Naluri tersentap

Burung-burung berkicau

Bunga-bunga berkembang

Fikiran melayang.

Si kecil itu riang

Terima kasih abang.


Tuesday, October 19, 2010

The Escapist.

Sudah lama meninggalkan ruang escape.
Mungkin tidak rasa ingin escape lagi. tapi...

Bila hidup indah.

selalu lupa tempat berteduh.
Mmg aku seperti manusia yang lupa daratan. Sampaikan aku lupa password untuk ke blog sendiri.

Maafkan aku.

Selamat kembali, the escapist, yang lebih tenang.

Hai Kamu Si Katak

Kenapa semua benda aku rasa kamu nak ikut aku?

Gaya hidup aku, pakaianku, stailku.

Kamu ini..tiada pendirian dirikah?

Kamu ini..tiada kehendak diri sendirikah?

Kamu ini..

benar-benar buat aku perasan.

perasaan best.

Thursday, January 14, 2010

Genuine Happiness

Ini happiness yang genuine.

yang tak perlu bahan lain untuk gembira.
untuk ketawa terbahak-bahak
hanya perlu pemangkin.
seperti kau.

ini happiness yang genuine.

kau buat aku gembira
aku melayan kau berbicara
kita ketawa
walau tidak berguling-guling
walau tidak berdekah kah kah kah

tapi kita masih happy

happiness seperti ini

sememangnya pure.

pure bliss baby ~~ahhhhhh.

Wednesday, January 6, 2010

Orang Sedang Makan Oren Memang Begini

gua happy tahun ini
gua rasa hidup gua penuh dengan keindahan

gua tipu sebenarnya.

tak semua indah belaka.
hari ini contohnya.
gua takde mood, gua apply cuti dan terus dapat.

gua malas untuk semua perkara
walaupun perkara-perkara yang elok.

gua telah terbiasa bekerja 4 hari seminggu selama 3 minggu.

gua rasa bodoh lagi sekali
dipermainkan, atau diperbodohkan atau gua sendiri terlalu mengharap.

entahla.

gua masih menunggu saat manis yang buat gua semangat.

dalam hidup ini, jangan buat mistakes yang saat berulang.
jangan jadi lalang, menurut sangat.
jangan jadi gua, percaya sangat dengan janji.

ha ha ha ha ha ha.

gua lah orang yang buat mistakes yang sama berulang itu.

kah kah kah kah kah.

gua kecewa.

*lagu Adrenalin : Melastik Bintang ke udara*.

macam tau-tau aja kau nie.

Bintang kau di mana

> Mengapa bintang yang ku cari
> Kala mentari bersinar terik
> Mengapa bintang yang ku cari
> Kala lampu menerangi malam
> Mengapa bintang yang ku cari
> Di dalam kegelapan malam
> Mengapa bintang mengapa
> Kenapa aku mendamba
> Biar kau kecil sinarnya
> Walau kau jauh untuk digapai
> Bintang
> Ke mari bintang
> Jadilah bintang di hati.

S.A.S

Si kekasih gua itu
Orangnya kacak
Orangnya pintar
Orangnya manja
Selalu butuh perhatian
Kadangkala
Aku rimas
Tapi seringkali
Aku sayang.
Perhatiannya aku damba tanpa sedar
Gerak gerinya ku perhati dalam diam
Mukanya ku tenung penuh perasaan
Tangannya ku pegang penuh kasih sayang.
Kekasih aku
Walau nerd berkaca mata
Walau bosan bila berkata-kata
Walau sangat suka bekerja
Dia raja di hati gua.

Janji Empty

Sweet bila kau berkata-kata
Berjanji manis
Tapi celaka

Empty.
Satu janji dah kau noda.

Aku janji
Janji detik 6:22 petang ini
Tiba saat kau putar belit lagi
Pergi lah mati
Aku tak akan bodoh dua tiga kali.


Ada berani?

**nota kaki gua semasa gua rasa dipermainkan oleh golongan yang lebih berkuasa**

dan kalau gua tak puas hati, gua berharap gua berani menunaikan janji kali ini.

Mana Buku Feveret Aku?


Aku kehilangan si dia
Teman sumber ilham bila aku mau berkata-kata
Saat aku mau berbicara selamba
Di mana dia
Si Utopia Trauma
Di belakang meja? Di sudut mana?
Puas aku cari merata
Susah hati
Bisakah ku dapat baru
Sebagai pengganti?



Tuesday, January 5, 2010

Happy Birthday B

aku tidak mampu beri
sebuah kereta lancer merah idaman kau
sebuah guitar Taylor yang kau damba
sebuah Blackberry yang sepatutnya menjadi milik kita berdua
poket aku tidak berisi.

tapi
telinga aku ada
kala kau mau aku dengar maki hamun jerit tawa menangis gembira
lidah aku ada
kala kau mau teman berbicara mengumpat mengeji mengata
bahu aku ada
kala kau mau lentok menangis hiba

owh kau tau apa yang paling penting?

aku ini sendiri sentiasa ada.

ambil apa saja yang kau mau.
aku rela. aku bagi.
walaupun ada yang kau kena kongsi.

ha ha ha ha .

selamat hari lahir kekasih no. 2.

Sunday, January 3, 2010

Gabungan Dua Suara Yang Tak Mampu Aku Habiskan

jangan jadi penagih tegar
menagih cinta dari orang yang tidak benar-benar mencinta kamu.

adalah naluri diri untuk menyandar
kepada sesuatu yg memberi nikmat
mungkin tegar mengaburkan sedar
sehingga jiwa tertagih dan terikat

membiarkan diri larut
dibawa arus lalu hanyut
yang tiba akur diturut
berdenyut jiwa diurut

ini bukan karya aku
bahasa sungguh memeritkan jiwa untuk aku habiskan puisi ini.

Idola Aku Dia Yang Ini

aku mula bersemangat untuk menulis kerana seorang manusia ini.

aku mengenali penulisan beliau disebabkan satu filem.

aku mengenali penulisan beliau melalui "Utopia Trauma".

aku idolakan penulisan beliau.

aku idolakan Rahmat Haron.

Terima kasih Rahmat.