Monday, December 28, 2009

Lepak

Kita nak lepak kat mana nanti?

Babe;

tak penting kita lepak di mana.
di kaki lima, di kedai mamak, di tepi tasik,
atau di tanah perkuburan cina sekalipun

biar aku pelok ko rapat-rapat
sebab aku penakot yang amat

aku tak kesah.

selagi aku lepak dengan kau.

Bosan Sial Jadi Aku Pada Hari Ini

Bosan sial

mejadi pengikut, macam pak turut.

Bila aku pulak nak jadi raja?


Bosan sial

berlakon naive. padahal shaitan beraja di hati aku.

Insaflah weih.


Bosan sial.

Bila semua aku cakap salah.

Kau tau tak konsep "aku hanya nak dengar apa aku nak dengar untuk masa ini?"?


Bosan sial.

Kadang-kadang aku menjadi orang lain.

semata-mata nk hilangkan kebosanan.


Bosan sial.

Even bila di tempat ramai orang dan muzik bingit.

kalau jiwa aku kosong, memang aku bosan.


Aku bosan sial.

Asyik ulang sejarah yang sama.

Bosan sial.


Sial la aku bosan.


Aku nak pergi bertapa.

Monday, December 21, 2009

Lost Bukan.

kah kah kah kah
layan.

kah kah kah kah
gelak tanpa henti.

apa yang kelakar?

aku lost.

dalam dunia kecil ciptaan sendiri.

dalam dunia gembira milik kami sahaja.

khayal, dalam syurga dunia kami.

"we lost in our own sweet world
dunia tak perlu tau
eh, thanks
today u jadi muse i"

Thursday, December 17, 2009

Berlainan cas itu menarik

Kau tidak perlu cuba menjadi aku
untuk menjadi sebahagian dari aku.

tidak perlu cinta muzik bingit
tidak perlu mencuba menjadi kelakar
(aku benci orang cuba menjadi funny mcm aku)
tidak perlu pandai bermain kata dan ayat-ayat bunga.

cas positif sama positif akan sering menolak

cas positif sama negatif akan saling menarik

tapi bagi aku
hati aku tiada cas.
esok negatif. mungkin hari ini positif.

jadi
cukup
kalau sekadar menjadi kau

aku terima.

Sunday, December 13, 2009

Kamu Ini kenapa begini malam ini

maafkan aku, atau kami.

kami atau aku, ternyata tidak mudah menggantikan tempat kamu.
menjadi kamu, seperti mana ketika kami memerlukan kamu.

tatkala perhatian kami kamu cari
kami berdiri, angkat kaki, tekal pedal, terus ke destinasi.

tolong jangan begini
semasa kami emosi..hihihihi.

kamu sangat menjengkelkan. ketika kamu emosi.

tapi ketahuilah
aku mahupun kami, ambil berat tentang kamu.

Thursday, December 10, 2009

SI DUNGU dan BAYANG-BAYANG

Dungu, dungu, dungu

Berkali-kali aku dengar
kau hairan kenapa aku dahulunya begitu.

Acapkali kedunguan pada masa lampau aku yang dipertikaikan.

Kau suka melihat aku mengikut tanpa soal?
membantah dalam anggukan?
memberontak dalam senyuman?
menghina dalam pujian, memaki secara diam?

kau mahu layanan sebegitukah yang sebenarnya?
kau mahu aku rasa perasaan digigit seekor anjing jalanan yang gila?

Aku tidak suka menjadi dungu
aku tidak penyabar seperti dulu

Kau tau berapa lama aku tunggu untuk berhenti menjadi dungu
dan membuat apa yang aku suka?

Aku suka bila aku mampu buat apa aku suka
tak perlu arahan untuk bermula dan berhenti
hey aku pun ada hati
aku juga ada mimpi
aku suka bila aku mengawal diri sendiri
menjadi tuan kepada badan
menjadi musuh kepada tubuh

musuh kepada tubuh? masih suka? ya, sebab aku menjadi musuh terkawal. aku sendiri mengawal kejahatan aku. biarpun kadang-kadang musuh terlepas, aku juga yang memegang senapang untuk melepaskan tembakan.

Puas. Kau tau tak puas? Puas dapat bernafas. Ahhhhhhhhhhhh. Udara kota yang kotor masih mampu memberikan aku oksigen yang tak berkualiti tapi aku hidup. Alive.

kadang-kadang apa yang kau fikir baik untuk aku
tidak bererti ia baik untuk aku seperti yang kau fikirkan

buat apa kau suka
kata apa mau kau kata
puji bila kau suka
hina bila aku keji

ini negara demokrasi

aku bukan juga diktator

kau juga tidak perlu menjadi dungu untuk aku.

Wednesday, December 9, 2009

Stranger yang tidak asing

Semalam

Stranger yang aku ketemu. Stranger yang memeluk aku. Stranger yang menepuk aku dan berkata " takde apa. nanti kau ok".

Semalam

Stranger bagi aku rasa gagah walaupun untuk 3600 saat.

Stranger, a very beautiful stranger bak kata Madonna. Strange, hakikatnya dia bukan asing. Aku hanya ingin hidupkan khayalan aku, bertemu dan bercakap dgn orang asing tentang diri aku.

Lega.

Do re mi

Fikiran semakin celaru. Kepala yang makin tak gatal, di garu-garu.

Otak semakin berat, sudah sampai kepada tepu.

Sarat sangat-sangat.

Sehari, resah. Dua hari, keluh kesah. Tiga hari adakah menyampah?

Tuesday, December 8, 2009

hey hey u u

Kalau berita tentang diri kau yang kau carik,

Jangan kau jengah ke sini atau ke sana.

Hey aku sudah berhenti ambil peduli.

Hey aku tak boleh maafkan kata-kata nista.

Hey hey hey.

Baila baila. Jai Ho!

Ha ha ha ha ha. Gila.

Hanyut Dibawa Arus Payau

Apa rasa menjadi tiang di jalanan? Malam-malam, ketika tiada kenderaan. Terangi jalan tanpa makna kah?

Apa rasa menjadi pokok-pokok di taman? Sukakah mereka menjadi pokok, atau redha sahaja?

Apa rasa menjadi orang yang sentiasa merasakan dirinya betul? Apa rasa menjadi egois?

Apa rasa telur masin itu menjadi telur masin? Terasakah dirinya bagaikan disalut garam sepanjang masa?

Harus kah pikir perasaan telur masin? Sungguh bodoh.

Apa rasa menjadi aku sekarang ini? Sudah lama tiada perasaan hanyut ini hadir.

Sekarang aku hanyut. Siapa bisa tarik aku yang berat ini?

Tolong tolak aku ke tepi. Aku tak mau mati dan dijumpai di muara Sungai Kelang yang busuk.

Curahan Hati Part 1

Terabai, diabai dan mengabaikan. Lost dalam dunia kalut yang aku conteng sendiri kanvas putihnya.(heran macam mana kadang-kadang ayat seperti ini boleh keluar dari hati aku).

Cuba lari dari hiruk pikuk. Pergi sana, pergi sini. Tapi masih empty.

Empty head. Lost soul.

What is happening to me?

Mau bicara, Mau duduk sembang, cakap-cakap, curahan hati, mau dipeluk, ditepuk, dan dipujuk dengan kata-kata "everything will be alright. jangan bimbang". Sungguh cliche. Tapi yang cliche itu juga yang kadang-kadang menyejukkan. Bicara sama siapa yang aku butuhkan sangat ini? Dengan orang yang benar-benar memahami jiwa. Yang tidak persoalkan kenapa aku begini dan begitu, yang hanya mendengar dan menasihat. dan menepuk manja ke belakang aku. tidak perlu dia kekasih aku, mungkin jika dia adalah stranger juga aku terima. Harap-harap dia bukan stranger yang gila.

Sudah terbiasa menjadi seorang yang konon-kononnya gagah, yang tidak mau ambil peduli. Bila ditanya, aku jawab tak ada apa-apa, entah la, tak tau la. Sebab aku pun tiada jawapan. Aku sendiri tidak pandai bersuara. aku hanya luahkan keperitan, tapi asal usul keperitan aku, aku tak mampu suarakan.

Kalau boleh, mau duduk dalam kereta sepanjang masa, dengar lagu-lagu rock gila, sampai jemu, naik atas rumah, tekup bantal atas kepala, tidor. Mungkin kalau bisa menitis air mata bergelen-gelen juga dapat menenangkan dan meringankan kepala yang sarat, bukan dgn otak, tapi dengan persoalan.

Kalu boleh, mau tutup seme benda-benda di alam maya, tutup semua biar tak ada berita dari sesiapa. Biar aku sendiri jua hilang tanpa berita. Tutup handphone, tutup. Tapi masih menunggu. Tunggu apa, aku pun kurang pasti.

Kalau boleh, mau fokus terhadap berita gembira, ada berita gembira tapi aku sendiri dah lupa pasal berita gembira yang patut diraikan dengan gelak ketawa. Aku sepatutnya pergi raikan sendiri, tapi aku terbiasa berkawan-kawan. Sendiri hanya ketika pergi bayar hutang-hutang kredit kad yang menimbun dan semakin terkumpul.

Selamat malam kota raya. Selamat malam dunia.

Tuesday, December 1, 2009

Pembuat Onar Tanpa Nama

hey bangsat
kau memang palat
kau berani baling batu tapi sembunyi tangan
kau berani kentut tapi kau buat diam-diam
kau calit tahi kat rumah orang
kau biadap!

berani bersuara
tunjukkan rupa!

buka pekung manusia
tapi
kau itu siapa?

aku benci orang tanpa nama

aku benci anonymous.