Thursday, December 10, 2009

SI DUNGU dan BAYANG-BAYANG

Dungu, dungu, dungu

Berkali-kali aku dengar
kau hairan kenapa aku dahulunya begitu.

Acapkali kedunguan pada masa lampau aku yang dipertikaikan.

Kau suka melihat aku mengikut tanpa soal?
membantah dalam anggukan?
memberontak dalam senyuman?
menghina dalam pujian, memaki secara diam?

kau mahu layanan sebegitukah yang sebenarnya?
kau mahu aku rasa perasaan digigit seekor anjing jalanan yang gila?

Aku tidak suka menjadi dungu
aku tidak penyabar seperti dulu

Kau tau berapa lama aku tunggu untuk berhenti menjadi dungu
dan membuat apa yang aku suka?

Aku suka bila aku mampu buat apa aku suka
tak perlu arahan untuk bermula dan berhenti
hey aku pun ada hati
aku juga ada mimpi
aku suka bila aku mengawal diri sendiri
menjadi tuan kepada badan
menjadi musuh kepada tubuh

musuh kepada tubuh? masih suka? ya, sebab aku menjadi musuh terkawal. aku sendiri mengawal kejahatan aku. biarpun kadang-kadang musuh terlepas, aku juga yang memegang senapang untuk melepaskan tembakan.

Puas. Kau tau tak puas? Puas dapat bernafas. Ahhhhhhhhhhhh. Udara kota yang kotor masih mampu memberikan aku oksigen yang tak berkualiti tapi aku hidup. Alive.

kadang-kadang apa yang kau fikir baik untuk aku
tidak bererti ia baik untuk aku seperti yang kau fikirkan

buat apa kau suka
kata apa mau kau kata
puji bila kau suka
hina bila aku keji

ini negara demokrasi

aku bukan juga diktator

kau juga tidak perlu menjadi dungu untuk aku.

2 comments:

  1. merdeka kah kita?
    padahal pemikiran dan budaya sudah dijajah

    teruskan usaha kau untuk menjadi diri kau
    menjadi bebas dalam batasan

    ReplyDelete
  2. ha ha ha ha

    pemikiran dan budaya aku turut dijajah

    kerana aku benarkan penjajahan itu.

    ReplyDelete