Thursday, January 14, 2010

Genuine Happiness

Ini happiness yang genuine.

yang tak perlu bahan lain untuk gembira.
untuk ketawa terbahak-bahak
hanya perlu pemangkin.
seperti kau.

ini happiness yang genuine.

kau buat aku gembira
aku melayan kau berbicara
kita ketawa
walau tidak berguling-guling
walau tidak berdekah kah kah kah

tapi kita masih happy

happiness seperti ini

sememangnya pure.

pure bliss baby ~~ahhhhhh.

Wednesday, January 6, 2010

Orang Sedang Makan Oren Memang Begini

gua happy tahun ini
gua rasa hidup gua penuh dengan keindahan

gua tipu sebenarnya.

tak semua indah belaka.
hari ini contohnya.
gua takde mood, gua apply cuti dan terus dapat.

gua malas untuk semua perkara
walaupun perkara-perkara yang elok.

gua telah terbiasa bekerja 4 hari seminggu selama 3 minggu.

gua rasa bodoh lagi sekali
dipermainkan, atau diperbodohkan atau gua sendiri terlalu mengharap.

entahla.

gua masih menunggu saat manis yang buat gua semangat.

dalam hidup ini, jangan buat mistakes yang saat berulang.
jangan jadi lalang, menurut sangat.
jangan jadi gua, percaya sangat dengan janji.

ha ha ha ha ha ha.

gua lah orang yang buat mistakes yang sama berulang itu.

kah kah kah kah kah.

gua kecewa.

*lagu Adrenalin : Melastik Bintang ke udara*.

macam tau-tau aja kau nie.

Bintang kau di mana

> Mengapa bintang yang ku cari
> Kala mentari bersinar terik
> Mengapa bintang yang ku cari
> Kala lampu menerangi malam
> Mengapa bintang yang ku cari
> Di dalam kegelapan malam
> Mengapa bintang mengapa
> Kenapa aku mendamba
> Biar kau kecil sinarnya
> Walau kau jauh untuk digapai
> Bintang
> Ke mari bintang
> Jadilah bintang di hati.

S.A.S

Si kekasih gua itu
Orangnya kacak
Orangnya pintar
Orangnya manja
Selalu butuh perhatian
Kadangkala
Aku rimas
Tapi seringkali
Aku sayang.
Perhatiannya aku damba tanpa sedar
Gerak gerinya ku perhati dalam diam
Mukanya ku tenung penuh perasaan
Tangannya ku pegang penuh kasih sayang.
Kekasih aku
Walau nerd berkaca mata
Walau bosan bila berkata-kata
Walau sangat suka bekerja
Dia raja di hati gua.

Janji Empty

Sweet bila kau berkata-kata
Berjanji manis
Tapi celaka

Empty.
Satu janji dah kau noda.

Aku janji
Janji detik 6:22 petang ini
Tiba saat kau putar belit lagi
Pergi lah mati
Aku tak akan bodoh dua tiga kali.


Ada berani?

**nota kaki gua semasa gua rasa dipermainkan oleh golongan yang lebih berkuasa**

dan kalau gua tak puas hati, gua berharap gua berani menunaikan janji kali ini.

Mana Buku Feveret Aku?


Aku kehilangan si dia
Teman sumber ilham bila aku mau berkata-kata
Saat aku mau berbicara selamba
Di mana dia
Si Utopia Trauma
Di belakang meja? Di sudut mana?
Puas aku cari merata
Susah hati
Bisakah ku dapat baru
Sebagai pengganti?



Tuesday, January 5, 2010

Happy Birthday B

aku tidak mampu beri
sebuah kereta lancer merah idaman kau
sebuah guitar Taylor yang kau damba
sebuah Blackberry yang sepatutnya menjadi milik kita berdua
poket aku tidak berisi.

tapi
telinga aku ada
kala kau mau aku dengar maki hamun jerit tawa menangis gembira
lidah aku ada
kala kau mau teman berbicara mengumpat mengeji mengata
bahu aku ada
kala kau mau lentok menangis hiba

owh kau tau apa yang paling penting?

aku ini sendiri sentiasa ada.

ambil apa saja yang kau mau.
aku rela. aku bagi.
walaupun ada yang kau kena kongsi.

ha ha ha ha .

selamat hari lahir kekasih no. 2.

Sunday, January 3, 2010

Gabungan Dua Suara Yang Tak Mampu Aku Habiskan

jangan jadi penagih tegar
menagih cinta dari orang yang tidak benar-benar mencinta kamu.

adalah naluri diri untuk menyandar
kepada sesuatu yg memberi nikmat
mungkin tegar mengaburkan sedar
sehingga jiwa tertagih dan terikat

membiarkan diri larut
dibawa arus lalu hanyut
yang tiba akur diturut
berdenyut jiwa diurut

ini bukan karya aku
bahasa sungguh memeritkan jiwa untuk aku habiskan puisi ini.

Idola Aku Dia Yang Ini

aku mula bersemangat untuk menulis kerana seorang manusia ini.

aku mengenali penulisan beliau disebabkan satu filem.

aku mengenali penulisan beliau melalui "Utopia Trauma".

aku idolakan penulisan beliau.

aku idolakan Rahmat Haron.

Terima kasih Rahmat.