Monday, October 26, 2009

Antara CNN, Paparazzi dan Kau.

Kenapa cuba menjadi CNN?

Bila kawasan liputan hanyalah negeri kecil.

Kenapa cuba menjadi paparazzi?

Bila kamera hanya berkualitikan kamera telefon bimbit.

Kenapa suka melaungkan suara menjerit-jerit

Bila yang mendengar hanya semut-semut kecil.

Kalau sudah tidak penting

Memang tidak pernah menjadi penting

Jangan cuba nak bolos lubang-lubang jaring

Berharap dapat menembusi.


Kalau ditelan, takkan mati bapak.

Kalau diluah, takkan mati anak.


Garu kepala bukan sebab gatal

Bukan sebab kutu

Tapi aku buntu

Kenapa la kau begitu.

* ah ah ah. haish *

Jangan Letak Otak Bersepah

Otak lu di kepala lutut?
P*k* lu di mulut?

Kenapa lu suka buat gua mencarut?
Kenapa lu buat kalut?

bikin gua kusut.

Wednesday, October 21, 2009

P.Mam.

Manusia
Begitu begini itu ini

tiada daya
nak layan kerenah semua

pilih yang suka
yang lain pergi mampos saja.

Friday, October 9, 2009

Bila Bersembang Dengan Si Kenit

Aku tak suka bila aku gemok

Macam badang

Juga macam seladang

Tak enak dipandang

Sedap buat rendang.

The Biggest Loser

Berat
Besar
Dasyat!!

Ayuh mara
Terus usaha
Biar kuyup
Biar lencun peluh masam.

Maju ke depan bukan perutmu lagi!!

Baba Tak Pernah Menjadi Babi

yang keji itu babi
tapi baba bukan babi
tapi bila baba keji
adakah baba jadi babi?

ketawa mengilai
memandu laju
menyanyi sumbang
berjoget riang

memasak sedap
berceloteh panjang
berangin bergoncang
bercakap pelat

tapi ingat!

yang keji itu babi
tapi baba bukan babi
tapi bila baba keji
harus ke baba jadi babi?

tapi tapi tapi...aku tak peduli!!!

baba tidak keji
baba juga bukan babi!!

aku gelak baba ketawa
aku menangis baba berduka

aku gemok baba gembira
aku kurus baba tercabar

sama tinggi, saling memahami,
kadang-kadang baba sukar dimengerti

tapi tapi tapi!!!

baba bukan babi, baba baik hati.

babi keji, aku benci.

aku benci :@) yang ini.

aku sayang baba yang itu :)

* * * * *

Aku bagi kau lima bintang
sebab kali ni kau matang

* satu
* dua
* tiga
* empat
* lima

bulan depan siap sedia lagi
wahai sayang.

Thursday, October 8, 2009

Bingung Bengong

Kamu poet agung
Puisimu buat ku bingung
Lalu aku mencangkung

Berak hijau
Kerna tadi aku makan kangkung
Baunya menusuk hidung

Aku dikatakan berbakat
untuk menusuk kalbu
malangnya hanya bau itu
yang menusuk

Meluat ku padamu
Tidak kerna kamu kuat
Tapi kerna
Aku tak bisa melepaskan mu sang sahabat.

P.M.S

Penyakit meroyan saya
datang lagi
tak pernah aku undang
selalu je kasik malang
selalu menghalang

Aku cari mangsa
nak bagi penendang
lekassss
segera sembunyi kaum adam
mari
sembuhkan hati wahai kaum hawa

Kalau kau kena maki
abaikan
Kalau aku yang dimaki
Lawannnn!!

Beruntunglah pemilik hati
Sebab dia memahami
Kalau penyakit meroyan aku datang
Dia laungkan "anies ko pergi mati!"

Seminggu selepas itu
Pemilik hati tau
Aku akan kembali
Menggeletis manja, mengada.

Kebuk Wasap

oh kesumat diriku
tercetus ia membara
membakar api dendam dan amarah

pabila
aku leka dgn suka tawa bersama teman
aku dibuai syahdu sedapnya santapan

lalu tanpa amaran
dtg padaku tiba-tiba
satu senjata merbahaya
membawa duka & nestapa
hanya mengelirukan pada mulanya

kupaling menoleh mukaku dgn segera
kulihat dibelakangku yang ada cuma
seorang pakcik bermuka syahdu yg lega

lalu terus pada ketika itu
menusuk hidung dan kalbu
ia tajam dan pekat
juga keji dan likat
siapa kata, malang tidak berbau

Im Not Funny But Im Wise

Kelakarkah aku dahulu
Jika jenaka ku disambut cerca
Bodohkah aku dahulu
Jika sebenarnya aku
Hanya menanti masa
Roda berputar
Kitaran alam
Kau perlu rasa
Rasa perasaan menjd hina
Kena cerca,aku dah biasa
Kau pulak bagaimana?

01 10 09

KAU IS LEMBU

Kau
Kau kau
Kauuu!!!!

Aku
Aku aku
Akuuuu!!!

Apa yg kau mau
Apa yang kau hendak
Aku tak mau
Aku tak hendak
Aku tak lalu
Tak mahu!!!

Jalan mu bukan lagi tujuku
Penuh hantu
Jalanku tidak lagi berliku
Aku langkah berteman
GAGAHHHHHHH!


Teruskan langkah kau itu
Langkah megah tapi tunduk
Konon gagah tapi longlai

Langkah aku
Tidak perlu papah..indah.

Berhenti le.

Berhenti!
Sekarang!
Aku muak, lali, loya.
Berhenti!
Hentikan cakap!
Mulut kau bau petai.